Tuesday, December 4, 2012
Morning Bloom
Hari ni sempat snap gmbar bunga bendi yg tengah mekar.. Cepat-cepat lah berbuah. Xsabar ni.. hehehee
Friday, November 30, 2012
First Bloom.. yeay!
Tak lama selepas letak baca organik (campuran sisa kambing), pokok bendi mula mngeluarkan bunga (merenyeh juga lah lubang idung time buh baja tu, wongi nye.. melekat kt tngan). Hari2 dok buang rumput, hari boleh tengok bunga eksaited sungguh! Hahahaa... Semua 7 pokok berbunga. Hanya 1 saja tidak keluar bunga.
Harap2 la cepat bunga keluar dan cepat juga merasa hasil buah sulung. Oh.. xsabar!!
Mula-mula konpius juga, ini bunga ke buah. Tapi xkan lah berbuah dulu baru keluar bunga.. Hahaha..
Ini juga berbunga. Tengok lah jarak dari tanah. Masih kecil lagi. Dalam dua jengkal.
Ini Petola. Dh start memanjat. Jadi buh trellis. Ini pun hasil barangan re-cyle yg di re-use. Hehehee
Cili ini sahaja mmpu hidup. Yg cili biasa sudah meninggal. Hahaha.. ni subur gila. Berbuah xpernah putus.
Kacang botol pula menunggu masa untuk dipindahkan.. sabar ya!
Harap2 la cepat bunga keluar dan cepat juga merasa hasil buah sulung. Oh.. xsabar!!
Sunday, November 11, 2012
Tarikh Unik:: A quick Review :: Vegetables
Semalam, kerja menjarangkan ank pokok telah dijalankan. Antaranya anak pokok parang, pokok petola, & bendi. Sabtu lepas, beli anak pokok cili yg lebat berbuah dengan harga RM5 sahaja, dari Rope Walk. Berbaloi-baloi.
Anak Petola.. Gumuk
Anak Bendi.. Antara yg sihat..
Anak Mentimun.. Selepas dijarangkan..
Yang segar bugar ni tentulah 'Kacang Parang'! Hahaa..
Kangkung yg kuruih.. Kena cari biji benih yg gemok skit ni..
Magic Plant!.. Bawang.. Cepat sungguh.. Ambil masa seminggu je.. panjang xingat..
Cili padi dari Rope Walk. Agak worth it kalau bli pokok dekat sini sbb sangat murah..
Anak Kacang Botol, dari banyak2 hanya dua yg tumbuh dengan cemerlang!
Tuesday, November 6, 2012
Life on 'BATAS'
Hari ni progress setelah hmpir seminggu pokok2 dialihkan ke batas. Hari ni juga buat sedikit proses meracun rumput2 degil yg tumbuh segar bugar. Kami gelarkan rumput tu rumput 'israel'. Hahaha.. Formula baru nk racun rumput & lalang --> Ajinomoto. Just letak di pangkal lalang pada hari yg cukup panas, & lihat hasil. Cukup kuat untuk menghampuskan rumput rumpai. (Advice dr K.Siti). Jadi yg biasa duk tambah dlm makanan tu paham2 la ye. Huhuhu..
Ini ya, Racun Cik Aji..
Kacang Parang yang makin membesar. Tapi lepas ni kna buat penjarangan anak since batas terlalu kecil.
Bawang2 yg segar bugar. Cepat sungguh bawang ni tumbuh. Saderi plak semua mati. Nampak gaya kna tanam guna seeds.
Petola yg makin besar. Lpas ni kna buat pancang pula.
Bendi yang masih malu-malu nk tumbuh.
Kacang Botol baru nk tumbuh selepas sekian lama.
Terung ni, lambat sungguh. Dh almost 3weeks, baru ini yg tumbuh.
Cili yg xputus-putus mengeluarkan buah. & berbunga baru.
Aha.. ini pokok baru, cambahan anak rozel dr seeds yg hanya ambil masa 4 hari untuk tumbuh.
Karapuley!!! Bagi yg xtaw, ini adalah nama bagi pokok kari di bahagian utara.
Edible Gardens after A while
Setelah sekian lama xda update dr edible garden office, hari ni nk tempek gambar pokok yg sekian lama digerminatekan & penambahan pokok2 baru. Actually, pokok2 yg ditanam hari telah dipindahkan ke batas-batas yg dibuat selepas raya haji hari tu. Jenuh juga lah nk mencangkul tanah dan proses merumput. Tanah belakang Uptown Mall ni xberapa subur, hanya rumput jer mmpu hidup dengan baik (kalaulah lah rumput berbuah, hui.. seronok!). Jadi buatlah 7 batas yg agak unik. Ramai plak menyinggah cakap batas kami macam kubur. Adoi..
Ini patch yg senonoh skit untuk di share. Tapi ini take lots of time & lots of dirt.
Antara proses meremove kan rumput & buat batas.
Antara office mates yg gigih membantu.
Batas yg hanya menggunakan tali rafia sbb papan dh xckup. Actually papan ni semua recycle materials.
Patch yg ditanam pegaga, kucai & cili merah
Kangkung & friends. Ade rupa kubur ker???
Bebawang
Tuesday, October 30, 2012
Rozel :: Step-by-step jus
Eiduladha without my parents. Blk2 rumah kna berkemas sampai 12pm pun xmndi lagi. Huhuhu.. then ade jemputan ke rumah pkcik yg buat korban, nk blk ternmpak kelibat buah rozel berjuntai-juntai. Hoho. Rezeki ni. Dh lame mengidam nk buat air rozel & nk tanam.hoho. hari ni rajen plak nk buat step by step utk tatapan in the future.
Ini rupa buah rozel. So deliciously red!
Time duk kupas2 pun tangan kna skali merah. Macam kunyit.
Kita hanya akan pkai kelopak nye sahaja utk buat air @ jem
Ini buah rozel togel. hahhaa. Dlm pod ni ade seeds, so kalau nk tanam kna keringkan baru boleh amik seeds.
Untuk buat air, masak dgn air biasa smpai kaler air merah menyala.
Boleh letak gula & gula batu sewaktu merebus.
Tadaaaa...
ini rozel cheese tart! yums...
Monday, October 29, 2012
Yang dh muncul
Setelah 4hari bercuti Aidil adha, pokok yg disemai banyak yang dh tumbuh elok.
Pegaga yang hari tu nya melepek, kini dh merimbun, sampai labeling pun dh xnmpak. Pasni boley tuai cicah smbal belacan. Hahahaa
Petola pun dh keluar dedaun yg macam daun mapel. Nt keluar pulak sulur2 paut, so dh kna start buat trellis.
Alahai, terung panjang ni lame nk bercambah. Setelah 10 hari baru ini yg keluar.
Daun saderi yg dibeli dari Giant, dari 3 rumpun yg ditanam hanya 1 yg menjadi. Lagi 2 layu.
Kangkung. Akhirnya.. Agak lama juga mengambil masa.
Yaa.. Itu dia. Bendi. Dh macam apa dh keluar. Sampai batang dia semua kecik2. Kesian plak tengok. Ini mmg kna alih ASAP.
Kacang Parang K.Siti. Begitu obvious sekali Dicotyledon nya. Macam ni rupanya pokok kacang parang. Excited tengok sbb sebelum ni xpernah tanam & tengok.
Hasil tuaian pada hari ini. Cili Apple.
Subscribe to:
Posts (Atom)