Wednesday, July 1, 2015

Kedai Peralatan Kek 2 Penang

Hari tu ade share pasal kedai kek di Penang yang senang nk beli peralatan membuat kek. Tp limitation kedai tu ialah, opening hours dia hanyalah 8 am - 1 pm setiap hari kecuali bulan puasa 8 am - 6 pm. So untuk yang berkerja susah sikit lah untuk singgah, unless pergi pada hujung minggu. 

Jadi, kedai kedua ni lagi bes, sempoi sebab opening hours dia adalah setiap hari. Nak pergi bila-bila masa pon boleh. Owner dia pon ramah tamah, kedai tersusun and yang paling best ialah kedai dia ade Vanilla Essence, bukan extract. Details seperti di bawah ya! Selamat membeli belah dan buat kek.. =)


Landmark senang ialah, dekat dengan Maybank Bukit Jambul, depan sikit dari kedai BATA.


Macam-macam barang baking ada. Boleh pilih2.




Wednesday, October 8, 2014

Hokkaido Chiffon Cup Cakes

Sumber : Ochikeron

Bahan-bahan:
((Adunan Kuning Telur))
3 kuning telur
20 g gula
40ml minyak masak
40ml susu
60g tepung

((Meringue))
3 putih telur
40g gula

((Vanilla Custard Cream))
1 tbsp. tepung
1 tbsp. tepung jagung
40g (1.4oz.) gula
200ml susu
2 kuning telur
15g (0.5oz.) butter
a few drops of esen vanilla

((Whipped Cream))
100ml heavy whipping cream (fresh cream) *chilled
1 tbsp. gula

Cara-cara:
1. Siapkan adunan kuning telur.
2. Putar adunan putih telur dengan gula hingga bertanduk (meringue).
3. Masukkan setengah adunan putih telur ke dalam kuning telur dan kacau sebati, masukkan baki lagi separuh dan kacau menggunakan teknik kaup balik.



4. Isikan 3/4 adunan ke dalam acuan kertas dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Cream Custard

1. Pukul whip cream sehingga kental atau bertanduk.
2. Campurkan dengan adunan dan panaskan sehingga berkilat, sejukkan.
3. Campurkan dengan whip cream dan paipkan ke dalam cup cake yg telah disejukkan.
4. Boleh dihidangkan sejuk atau pada suhu bilik.


Selamat Mencuba!

Monday, August 25, 2014

Bread Pudding Variation

Resepi Bread Pudding kali ni adalah daripada kawan hosmet aku, yg mane aku rasa paling sedap setakat ni sebab rupa dia xmacam bengkang. Ni ala2, kek dan roti dan ade choc ditengah-tengah. Sangat nyaman bila makan dengan susu segar. So, sape nk cuba silakan.

Bahan-Bahan:
200 gm Butter
200 gm Tepung
250 gm Gula Kaster
Roti Wholemeal
Susu Segar / Susu Cair
3 Biji Telur
Choc Chips / Choc Coins
Esen Vanilla
Almond Slice

Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung.
4. Rendamkan roti dengan susu sehingga kembang.
5. Lapiskan bahagian bawah dulang pembakar dengan roti dan kemudian adunan bater dan choc chips / coin.
6. Ulang lapisan roti dan seterusnya hingga habis adunan.
7. Tabur hirisan almond.
8. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 20 - 30 minit.
9. Hidangkan dengan susu segar.