Friday, November 30, 2012

First Bloom.. yeay!

Tak lama selepas letak baca organik (campuran sisa kambing), pokok bendi mula mngeluarkan bunga (merenyeh juga lah lubang idung time buh baja tu, wongi nye.. melekat kt tngan). Hari2 dok buang rumput, hari boleh tengok bunga eksaited sungguh! Hahahaa... Semua 7 pokok berbunga. Hanya 1 saja tidak keluar bunga.


Mula-mula konpius juga, ini bunga ke buah. Tapi xkan lah berbuah dulu baru keluar bunga.. Hahaha..

Ini juga berbunga. Tengok lah jarak dari tanah. Masih kecil lagi. Dalam dua jengkal. 



Ini Petola. Dh start memanjat. Jadi buh trellis. Ini pun hasil barangan re-cyle yg di re-use. Hehehee

Cili ini sahaja mmpu hidup. Yg cili biasa sudah meninggal. Hahaha.. ni subur gila. Berbuah xpernah putus. 

Kacang botol pula menunggu masa untuk dipindahkan.. sabar ya!


Harap2 la cepat bunga keluar dan cepat juga merasa hasil buah sulung. Oh.. xsabar!!

Sunday, November 11, 2012

Tarikh Unik:: A quick Review :: Vegetables

Semalam, kerja menjarangkan ank pokok telah dijalankan. Antaranya anak pokok parang, pokok petola, & bendi. Sabtu lepas, beli anak pokok cili yg lebat berbuah dengan harga RM5 sahaja, dari Rope Walk. Berbaloi-baloi. 

 Anak Petola.. Gumuk

 Anak Bendi.. Antara yg sihat.. 

 Anak Mentimun.. Selepas dijarangkan..

 Yang segar bugar ni tentulah 'Kacang Parang'! Hahaa.. 

 Kangkung yg kuruih.. Kena cari biji benih yg gemok skit ni..

 Magic Plant!.. Bawang.. Cepat sungguh.. Ambil masa seminggu je.. panjang xingat..

 Cili padi dari Rope Walk. Agak worth it kalau bli pokok dekat sini sbb sangat murah..

Anak Kacang Botol, dari banyak2 hanya dua yg tumbuh dengan cemerlang!

Tuesday, November 6, 2012

Life on 'BATAS'

Hari ni progress setelah hmpir seminggu pokok2 dialihkan ke batas. Hari ni juga buat sedikit proses meracun rumput2 degil yg tumbuh segar bugar. Kami gelarkan rumput tu rumput 'israel'. Hahaha.. Formula baru nk racun rumput & lalang --> Ajinomoto. Just letak di pangkal lalang pada hari yg cukup panas, & lihat hasil. Cukup kuat untuk menghampuskan rumput rumpai. (Advice dr K.Siti). Jadi yg biasa duk tambah dlm makanan tu paham2 la ye. Huhuhu..

 Ini ya, Racun Cik Aji..

 Kacang Parang yang makin membesar. Tapi lepas ni kna buat penjarangan anak since batas terlalu kecil.

Bawang2 yg segar bugar. Cepat sungguh bawang ni tumbuh. Saderi plak semua mati. Nampak gaya kna tanam guna seeds.  

 Petola yg makin besar. Lpas ni kna buat pancang pula. 

 Bendi yang masih malu-malu nk tumbuh. 

Kacang Botol baru nk tumbuh selepas sekian lama.  

Terung ni, lambat sungguh. Dh almost 3weeks, baru ini yg tumbuh.  

Cili yg xputus-putus mengeluarkan buah. & berbunga baru. 

 Aha.. ini pokok baru, cambahan anak rozel dr seeds yg hanya ambil masa 4 hari untuk tumbuh. 

Karapuley!!! Bagi yg xtaw, ini adalah nama bagi pokok kari di bahagian utara. 

Edible Gardens after A while

Setelah sekian lama xda update dr edible garden office, hari ni nk tempek gambar pokok yg sekian lama digerminatekan & penambahan pokok2 baru. Actually, pokok2 yg ditanam hari telah dipindahkan ke batas-batas yg dibuat selepas raya haji hari tu. Jenuh juga lah nk mencangkul tanah dan proses merumput. Tanah belakang Uptown Mall ni xberapa subur, hanya rumput jer mmpu hidup dengan baik (kalaulah lah rumput berbuah, hui.. seronok!). Jadi buatlah 7 batas yg agak unik. Ramai plak menyinggah cakap batas kami macam kubur. Adoi.. 

 Ini patch yg senonoh skit untuk di share. Tapi ini take lots of time & lots of dirt.

Antara proses meremove kan rumput & buat batas. 

 Antara office mates yg gigih membantu.

 Batas yg hanya menggunakan tali rafia sbb papan dh xckup. Actually papan ni semua recycle materials. 

 Patch yg ditanam pegaga, kucai & cili merah

 Kangkung & friends. Ade rupa kubur ker???


 Bebawang




Hopefully semua tumbuh elok , worth it tangan, kaki, semua sakit2 sbb lame sangat xpegang cangkul. Hahahha.. Next update :: Rozel & new comers!