Monday, August 25, 2014

Bread Pudding Variation

Resepi Bread Pudding kali ni adalah daripada kawan hosmet aku, yg mane aku rasa paling sedap setakat ni sebab rupa dia xmacam bengkang. Ni ala2, kek dan roti dan ade choc ditengah-tengah. Sangat nyaman bila makan dengan susu segar. So, sape nk cuba silakan.

Bahan-Bahan:
200 gm Butter
200 gm Tepung
250 gm Gula Kaster
Roti Wholemeal
Susu Segar / Susu Cair
3 Biji Telur
Choc Chips / Choc Coins
Esen Vanilla
Almond Slice

Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung.
4. Rendamkan roti dengan susu sehingga kembang.
5. Lapiskan bahagian bawah dulang pembakar dengan roti dan kemudian adunan bater dan choc chips / coin.
6. Ulang lapisan roti dan seterusnya hingga habis adunan.
7. Tabur hirisan almond.
8. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 20 - 30 minit.
9. Hidangkan dengan susu segar.




No comments:

Post a Comment