Wednesday, October 8, 2014

Hokkaido Chiffon Cup Cakes

Sumber : Ochikeron

Bahan-bahan:
((Adunan Kuning Telur))
3 kuning telur
20 g gula
40ml minyak masak
40ml susu
60g tepung

((Meringue))
3 putih telur
40g gula

((Vanilla Custard Cream))
1 tbsp. tepung
1 tbsp. tepung jagung
40g (1.4oz.) gula
200ml susu
2 kuning telur
15g (0.5oz.) butter
a few drops of esen vanilla

((Whipped Cream))
100ml heavy whipping cream (fresh cream) *chilled
1 tbsp. gula

Cara-cara:
1. Siapkan adunan kuning telur.
2. Putar adunan putih telur dengan gula hingga bertanduk (meringue).
3. Masukkan setengah adunan putih telur ke dalam kuning telur dan kacau sebati, masukkan baki lagi separuh dan kacau menggunakan teknik kaup balik.



4. Isikan 3/4 adunan ke dalam acuan kertas dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Cream Custard

1. Pukul whip cream sehingga kental atau bertanduk.
2. Campurkan dengan adunan dan panaskan sehingga berkilat, sejukkan.
3. Campurkan dengan whip cream dan paipkan ke dalam cup cake yg telah disejukkan.
4. Boleh dihidangkan sejuk atau pada suhu bilik.


Selamat Mencuba!

Monday, August 25, 2014

Bread Pudding Variation

Resepi Bread Pudding kali ni adalah daripada kawan hosmet aku, yg mane aku rasa paling sedap setakat ni sebab rupa dia xmacam bengkang. Ni ala2, kek dan roti dan ade choc ditengah-tengah. Sangat nyaman bila makan dengan susu segar. So, sape nk cuba silakan.

Bahan-Bahan:
200 gm Butter
200 gm Tepung
250 gm Gula Kaster
Roti Wholemeal
Susu Segar / Susu Cair
3 Biji Telur
Choc Chips / Choc Coins
Esen Vanilla
Almond Slice

Cara-cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur + esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung.
4. Rendamkan roti dengan susu sehingga kembang.
5. Lapiskan bahagian bawah dulang pembakar dengan roti dan kemudian adunan bater dan choc chips / coin.
6. Ulang lapisan roti dan seterusnya hingga habis adunan.
7. Tabur hirisan almond.
8. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 20 - 30 minit.
9. Hidangkan dengan susu segar.




Edisi Raya 2014 : Biskut Chocolate Chip ala2 Famous Amous

Sempena hari raya yg bakal menjelang ni aku nk share resipi biskut yg sgt bes and sedap.. Bukan ape, aku ni jenis tulis dlm buku tp selalu lupa letak mane. So dr, ilang mcm tu je baik aku simpan dlm blog, snang nk review blk kendian2 kan..

Source : Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara2:
1. Pukul gula perang & butter smpai kembang.
2. Masukkan telur
3. Campurkan bahan-bahan A (almond nibs, choc chip, oats, susu tepung)


4. Masukkan bahan-bahan B.
5. Sudukan dlm dulang pembakar yg telah di griskan.
6. Bakar selama 20-30 min dlm oven dengan suhu 180 darjah celcius.


Chocolate Chips Oats Cookies

Untuk sumber rujukan masa depan, skarang senang ade blog boleh simpan. Kalau buku jenuuh raya2 baru nk trojah. sahih xjumpa. Hee.. Antara biskut yg feveret my family, buat sebalang selalu xdan raya. Habih.. So, for those yg nk cuba, recommended!

Sumber : Azlita Masam Manis

280 gm mentega atau margerin
90 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen butter
1 biji telur
1 biji kuning telur
20 ml susu cair

350 gm tepung gandum atau tepung Ros
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh Soda
~ 3 bahan di atas di ayak bersama

250 gm Choc Cip
80 gm oats ~ di bakar sekejap dalam 6 - 10 minit suhu 160C
30 gm Cornflakes ~ di ramas kasar
30 gm badam cincang ~ di bakar sekejap dalam 6-10 mint dgn suhu 160C

Cara-cara:
Sebatikan mentega, gula vanilla dan esen butter hingga sebati.




Kalau guna mixer pukul kejap aje dengan speed perlahan.
Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair
Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda

Gaul sebati
Masukkan choc cip, oats, badam dan cornflakes yang tellah di ramas kasar



Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20minit dengan api atas dan bawah


Oven hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai


Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya.

Tips biskut rangup & tidak membesar masa bakar --> simpan adunan dalam fridge selama 30 minit sblum bakar.

Monday, July 21, 2014

Kedai Peralatan Kek di Penang

Selepas terkono semalam pusing-pusing cari kedai kek yg di google, Kedai Best Bake Trading di Relau Kompleks xjumpa sampai sudah. Pakai waze pon di bwak nye melilau smpai Bayan Lepas. Xpasal buang masa kt situ je. Blk opis, tanya ngn acik cleaner, dia ckp ade satu di Pasar Bayan Baru nama kedai Auntie Rose. So sape nk pg, boleh pg ke Pasar Besar Bayan Baru, sebelah Sunshine Square. Kedai Auntie Rose ade dalam PASAR tu, tersorok sket, tapi signboard dia besar. Barang kt situ mmg banyak, tp aku advise sape nkg just list kan semua barang nk beli and pg mintak je kt tokey dia sbb kdai semak sket. Nk masuk pilih2 barang macam xseswai gitu.. huhuhu.. Semalam masa aku pg bli, agak murah lah harga di kedai dia. Waktu operasi plak, setiap hari dari jam 8pagi - 1tgh hari sahaja, tp ekslusif bulan Ramadhan, dia bukak sampai pukul 6 petang.

Sape nk pg boleh silakan trojah Kedai Auntie Rose, macam2 ada.